Pelajaran Pertama - Bab 1: Kategori Kalimah/Perkataan
Pada pelajaran yang pertama ini kita akan menerangkan serba sedikit mengenai kalimah/Perkataan di dalam pelajaran bahasa arab yang lebih memfokuskan kepada ilmu Nahwu(Tatabahasa Arab).
- KAEDAH:
Kalimah/Perkataan - adalah terdiri daripada sebahagian daripada kompenan huruf-huruf Hijaiyyah( dari huruf Alif sehingga Ya').
- Contoh: Kalimah ( خرج ), ( سعيد), ( في) - Adakalanya kalimah terdiri daripada satu huruf sahaja seperti (الواو ).
- KATEGORI KALIMAH/PERKATAAN:
Contoh: سعيد - بيت - حديقة ( merujuk kepada nama orang [Said], rumah dan taman)
2- الفعل - Fe'el (Kata Kerja) : Sesuatu perkataan yang menunjukkan di atas perbuatan yang dilakukan pada masa yang telah lepas atau masa sekarang atau masa yang akan datang.
-Contoh: خرج - ذهب - يتعلّم ( merujuk kepada perbuatan telah keluar (خرج), telah pergi (ذهب) dan akan belajar (يتعلّم) )
3- الحرف - Huruf (Kata sambung, kata sendi, ayat pelengkap) : Perkataan yang nyata maksudnya jika disertakan dengan perkataan lain bagi melengkapkan maksud sesuatu ayat/perkataan.
-Contoh: إلى - وَ - في ( merujuk kepada maksud kepada/kemana, dan, pada/di dalam )- sempurna maksud disertakan dengan kalimah/perkataan yang lain.
* Contoh ayat lengkap: خرج سعيد في الصباح ( Said telah keluar pada waktu pagi )
-Perbahasan:
1- Jika diperhatikan pada ayat tersebut nescaya ianya terdiri daripada kalimah خرج - سعيد -في - الصباح . Ini menunjukkan sebahagian daripada kalimah-kalimah tersebut dari huruf-huruf Hijaiyyah.
2- Kalimah خرج itu menunjukkan di atas perbuatan (keluar) yang dilakukan pada masa yang telah lepas. Perbuatan ini di dalam bahasa arab di kenali sebagai 'Fe'el' (الفعل) . Manakala perbuatan yang menunjukkan yang dilakukan pada masa yang telah lepas dikenali sebagai *'Fe'el Madhi' (الفعل الماضي) . Kalimah سعيد (Said) adalah dikenali sebagai 'Kata Nama' (الإسم) .
3- Kalimah في memberi maksud [pada]. Maka kalimah ini tidak akan sempurna maksudnya [bersendirian] jika tidak disertakan dengan kalimah/ayat yang lain seperti kalimah الصباح dan خرج سعيد . Kalimah ini dikenali sebagai 'Huruf' (الحرف) .
- Bersambung Pada Episod Yang Akan Datang -
*Akan dibincangkan pembahagian mengenai jenis-jenis 'Fe'el' pada bab yang akan datang.
Catat Ulasan