Tip - Rahsia Garam dan Amalan Sunnah Rasulullah Mengenainya. | STORE RIA

0
Rahsia Garam dan Amalan sunnah yang jarang diketahui umum.
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh saintis bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ".



Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk mengeluarkannya dari badan/merawatnya adalah dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1 - Penyakit Ghout
          Timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut. Kalau tinggal di bandar, caranya goreng 1 – 2 genggam garam kasar sehingga kekuningan. kemudian bungkus garam tersebut dengan kain dan tuam di bahagian yang bengkak atau sakit.

          Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah tuam pada tapak kaki.

2 - Mengelakkan mabuk semasa perjalanan 
          Minum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan


3 - Mengembalikan tenaga 
          Untuk mereka yang bekerja berat seperti petani/pesawah, atlit sukan dan seumpamanya - minum air suam dan sedikit garam.

4 - Cuci perut
          Minum air suam dan satu butir garam kasar pada sebelah pagi.





Petua berdasarkan kajian.

  • Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
  • Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
  • Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur dengan sedikit garam.
  • Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
  • Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke negara Timur Tengah/ nagara Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin di tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Catat Ulasan

 
Top