Telah dijelaskan pernyataan Imam Asy Syafie
oleh ulamak-ulamak dalam mazhab Asy Syafie sendiri seperti berikut :
Yakni berhubungan dengan keadaan dan hal-hal tertentu,
seperti perkataan beliau Imam Syafi’i :
قال الشافعى
: وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت
“asy-Syafi’i berkata : aku menyukai seandainya
dibacakan al-Qur’an disamping kubur dan dibacakan do’a untuk si mati”
(Lihat : Ma’rifatus Sunani wal Atsar [7743]
lil-Imam al-Muhaddits al-Baihaqi)
Juga disebutkan oleh al-Imam al-Mawardi,
al-Imam an-Nawawi, al-Imam Ibnu ‘Allan dan yang lainnya dalam kitab
masing-masing yang sebagai berikut :
قَالَ الشَّافِعِيُّ
رَحِمه اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَ أَ عِندَه شيء مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن
عِنْده كانَ حَسناً
“Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata : Disunnahkan
agar membaca sesuatu dari al-Qur’an di sisi kuburnya, dan apabila mereka
mengkhatamkan al-Qur’an di sisi kuburnya maka itu adalah baik”
(Lihat : Riyadlush Shalihin [1/295] lil-Imam
an-Nawawi ; Dalilul Falihin [6/426] li-Imam Ibnu ‘Allan ; al-Hawi al-Kabir fiy
Fiqh Madzhab asy-Syafi’i (Syarah Mukhtashar Muzanni) [3/26] lil-Imam al-Mawardi
dan lainnya)
Kemudian hal ini dijelaskan oleh ‘Ulama
Syafi’iyah lainnya seperti Syaikhul Islam al-Imam Zakariyya al-Anshari dalam
dalam Fathul Wahab :
أما القراءة فقال النووي في شرح مسلم المشهور
من مذهب الشافعي أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابنا يصل وذهب جماعات من العلماء
إلى أنه يصل إليه ثواب جميع العبادات من صلاة وصوم وقراءة وغيرها وما قاله من مشهور
المذهب محمول على ما إذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو ثواب قراءته له أو نواه ولم يدع
بل قال السبكي الذي دل عليه الخبر بالاستنباط أن بعض القرآن إذا قصد به نفع الميت نفعه
وبين ذلك
وقد ذكرته في شرح الروض
“Adapun
pembacaan al-Qur’an, Imam an-Nawawi mengatakan di dalam Syarah Muslim, yakni
masyhur dari madzhab asy-Syafi’i bahwa pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai
kepada si mati, sedangkan sebagian ashhab kami menyatakan sampai, dan
kelompok-kelompok ‘ulama berpendapat bahwa sampainya pahala seluruh ibadah
kepada si mati seperti shalat,
puasa, pembacaan al-Qur’an dan yang lainnya. Dan apa yang dikatakan sebagai
qaul masyhur dibawa atas pengertian apabila pembacaannya tidak di hadapan si
mati, tidak meniatkan pahala bacaannya untuknya atau meniatkannya, dan tidak
mendo’akannya bahkan Imam as-Subki berkata ; “yang menunjukkan atas hal itu
(sampainya pahala) adalah hadits berdasarkan istinbat bahwa sebagian al-Qur’an
apabila diqashadkan (ditujukan) dengan bacaannya akan bermanfaat bagi si mati
dan di antara yang demikian, sungguh telah dituturkannya didalam syarah
ar-Raudlah”.
(Lihat : Fathul Wahab bisyarhi Minhajit Thullab
lil-Imam Zakariyya al-Anshari asy-Syafi’i [2/23])
Syaikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami
didalam al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubraa:
وكلام الشافعي
– رضي الله عنه – هذا تأييد للمتأخرين في حملهم مشهور المذهب على ما إذا لم يكن بحضرة
الميت أو لم يدع عقبه
“dan perkataan Imam asy-Syafi’i ini (bacaan
al-Qur’an disamping si mati/kuburan) memperkuat pernyataan ulama-ulama
Mutaakhkhirin dalam membawa pendapat masyhur diatas pengertian apabila tidak
dihadapan mayyit atau apabila tidak mengiringinya dengan do’a”. (Lihat :
al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubraa lil-Imam Ibnu Hajar al-Haitami [2/27])
Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya
Al-Adzkar:
أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم
ويَصلُهم ( في ” ج ” : ” ويصل ثوابُه ” ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ
جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا
بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة
كقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ ” (رواه
مسلم) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا
” ( أبو داود وغير ذلك). واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب
الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب
الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : ” اللهمّ أوصلْ ثوابَ
ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه.
Ertinya:
Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk
orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada
mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan
orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan
kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman
lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur,
bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.”
Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah
bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat
Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an,
terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa
pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan
sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan
ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan
sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an
selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala
bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut
kebaikannya.
Mengenai status hadith di bawah ini :
al-Hafizh as-Suyuthi di dalam Syarh ash-Shuzur
menyebutkan:
“Al-Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Syu’ab
dan Ath-Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi mafhumnya: “Apabila salah seorang
daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu menahannya dengan lama.
Bersegeralah mengebumikannya dan bacakan Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah)
dekat kepalanya.” Dan menurut lafaz yang diriwayatkan Al-Baihaqi: “Bacalah
permulaan Surah Al-Baqarah dekat kepalanya dan akhir Surah Al-Baqarah dekat
kakinya, dikuburnya.”
Ia telah dijawab iaitu sanadnya Hasan seperti
yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.
وروينا في
سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة
البقرة وخاتمتها
Ertinya:
Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan
sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah
pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.
Oleh itu, jangan takut jangan tertipu dengan
mereka yang mendakwa lebih kenal imam Asy Syafie kononnya Imam Asy Syafie
melarang membaca al Quran di kuburan. Insya Allah, apa yang dilakukan oleh Umat
Islam di Malaysia ketika menziarahi kubur ada sandarannya dari al Quran dan as
Sunnah melalui pemahaman para ulamak muktabar.
Pendapat yang mahsyur dan yang dipilih dari
pendapat Imam Ahmad Ibnu Hambal adalah yang mengatakan boleh membaca al Quran
di kuburan (Al Fiqh al Islamy Wa adillatuh II/551)
Majoriti para ulamak antaranya Imam Ahmad Ibnu
Hambal dalam salah satu pendapatnya, Muhammad Ibnu Hassan, Imam Abu Hanifah
dalam satu pendapatnya, para ulamak mutaakhirin Malikiyah dan As SYafi'eyyah
berpendapat bahawa membaca al Quran di kuburan setelah mayat dikubur boleh (ad
Duur al Muhtar wa raddu al Muhtar I/884. Fath al Qadir I/473. Syarh al Risalah
I/289, Mughniy al Muhtaj III/69-70, Al Mughniy II/566-570, Kasyaf al Qona'
II/191, al Muhadzab I/464, al Syarh al Saghir I/568)
Sesuai dengan dalil berikut ini :
1. Ibnu Abbas radiyaLlahu 'anhu berkata : Pergi
sejumlah sahabat Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam melalui kuburan yang kurang
jelas dan ia tidak tahu bahawa itu adalah kubur, tiba-tiba di tempat itu
terdapat orang yang sedang membaca Surah Tabarakallazi Biyadihil Mulk (Surah al
Mulk) sampai khatam, maka datang sahabat tersebut pada Rasulullah sallaLlahu
'alaihi wasallam memberitahu perihal yang dilihatnya, lalu ia berkata : Wahai
RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Saya pergi ke suatu tempat dan
saya tidak tahu bahawa itu adalah kuburan namun saya kira itu adalah kuburan.
Di situ ada orang yang sedang membaca surah al Mulk sehingga khatam, maka Nabi
sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : Itu adalah surah yang dapat mencegah dan
ia adalah munjiyah yang dapat menjauhkan dari azab kubur "(Hadith riwayat
at Tirmidzi dengan sanad Hasan)
2. Amr ibn al Ash radiyaLlahu 'anhu berwasiat :
Bila kamu menguburku maka berdirilah sekitar kuburku kira-kira selama orang
menyembelih unta dan membahagikan dagingnya selesai, sehingga saya dapat tenang
bersama kamu dan aku tahu apa yang ditanyakan kepadaku oleh utusan dari Tuhanku
(Hadith riwayat Muslim (121) dan Riyadhus Solihin hal 313)
Imam an Nawawi meletakkan hadith ini dalam
Riyadhus Solihin dalam bab doa untuk mayat setelah dikuburkan dan duduk
dikuburan seelah menguburkan kira-kira satu jam untuk mendoakan mayat serta
memohonkan keampunan dan membaca al Quran.
Pernyataan Imam as-Suyuthi dalam "al-Hawi
lil Fatawi" juzuk 2 halaman 194 menulis:-
و رأيت في التواريخ كثيرا في تراجم الأئمة يقولون:
و اقام الناس على قبره سبعة ايام يقرءون القرآن، و أخرج الحافظ الكبير ابو القاسم بن
عساكر في كتابه المسمى تبين كذب المفتري فيما نسب إلى الامام ابي الحسن الأشعري سمعت
الشيخ الفقيه ابا الفتح نصر الله بن محمد بن عبد القوي المصيصي يقول: توفي الشيخ نصر
بن ابراهيم المقدسي في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين و اربعمائة بدمشق و
اقمنا على قبره سبع ليل نقرأ كل ليلة عشرين ختمة
(Dan telah aku lihat) dalam kitab-kitab sejarah
tatkala menceritakan riwayat hidup para imam (pemuka agama) banyak menulis:-
"Dan telah berdiri manusia di sisi kuburnya 7 hari membaca mereka
al-Quran." Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu
'Asaakir dalam kitabnya yang berjodol "Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma
nusiba ilal Imam Abil Hasan al-'Asy'ariy" bahawa dia telah mendengar
asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin 'Abdul Qawi
al-Mashishi berkata: "Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi
pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada
di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali
khatam."
Al Hafiz As Suyuthi di dalam Syarh As Shudur
menyebutkan : "Al Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Syu'ab dan Ath
Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mafhumnya :
"Apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu
menahannya dengan lama. Bersegeralah mengebumikannya dan bacakan Fatihatul
Kitab (Surah al Fatihah) dekat kepalanya." Dan menurut lafaz yang
diriwayatkan al Baihaqi :"Bacalah permulaan Surah al Baqarah dekat
kepalanya dan akhir Surah al Baqarah dekat kakinya, dikuburnya"
والله تعالى أعلم
Catat Ulasan